KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
PENGAJIAN MALAYSIA
TAJUK: KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- AHLI KUMPULAN :1. VICTORIA RACHEL ANAK ALOYSIUS2. JESSICA CINDY ANAK JARRY3. ROYKIN ANAK JAFARINE4. FLORENCE CELFRIN ANAK JUHEM5. FEDILLIA PAYA ALEX6. CHARLESON MARIPA7. NELSON LING ANAK LANGIT
PENSYARAH: Puan Natrah Mat Noor
PENGENALANKeluhuran Perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, iaitu prinsip yang ke-3. Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketertinggian dan keagungan sesuatu perlembagaan atau undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber serta punca kepada semua undang-undang di Malaysia.
Keluhuran Perlembagaan sememangnya mengatasi Yang di pertuan Agong (YDPA) ,Parlimen, Perdana Menteri serta Badan Kehakiman yang menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat Malaysia. Hal ini demikian agar dapat mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama supaya penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah dan kerajaan dapat dielakkan. Bukan itu sahaja, keamanan dan kestabilan negara juga dapat dipelihara kerana Pindaan Perlembagaan tidak boleh dibuat dengan sewenang -wenangnya.
Semua undang-undang atau perlembagaan mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan ditentukan kesahihannya oleh Badan Kehakiman yang bertanggungjawab menjaga serta memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Jika tidak sahih dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,maka undang-undang tersebut akan terbatal dan tidak akan dilaksanakan.
Oleh yang demikian ,prinsip keluhuran perlembagaan haruslah sentiasa diingati serta dijaga agar negara kita kekal aman dan rakyat mendapat jaminan undang-undang kerana tiada berlakunya diskriminasi.
SEJARAH RAJA BERPERLEMBAGAAN
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, semasa zaman penjajahan British, keadaan telah berubah kerana kuasa mutlak Raja-Raja telah mula hilang secara beransur-ansur. Bermula daripada Sistem Residen yang menghendaki Raja-Raja Melayu menerima seorang penasihat British hinggalah penubuhan Malayan Union pada tahun 1946, dapat dilihat bahawa pihak British telah mengurangkan kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan beraja telah dikekalkan. Muncullah Konsep Raja Berperlembagaan adalah salah satu daripada unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai perlembagaan persekutuan 1948 dan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Kini, Raja-raja Melayu dikehendaki menerima nasihat menteri-menteri kerajaan dan bertindak menurut nasihat itu. Misalnya, Yang Dipertuan Agong sekarang dikehendaki bertindak atas nasihat Jemaah Menteri, manakala seorang Raja di sebuah negeri pula dikehendaki bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau Exco di peringkat kerajaan negeri.
BERLEMBAGAAN
MALAYSIA
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut
Perlembagaan Malaysia ialah sebagai ketua negara. Baginda akan dilantik oleh Majlis Raja-Raja
Melayu dan dibantu oleh Perdana Menteri. Yang Di-Pertuan Agong bertindak
mengikut nasihat Perdana Menteri berdasarkan perlembagaan Malaysia. Baginda
tidak boleh bertindak sendirian kecuali hal yang memerlukan budi bicara baginda
dipilih daripada kalangan 9 Raja Melayu secara bergilir-gilir mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia iaitu :
NEGERI SEMBILAN
TUANKU MUHRIZ IBNI TUANKU MUNAWIR
JOHOR
SULTAN BRAHIM ISMAIL
KEDAH
SULTAN MUHAMMAD KE-V
TERENGGANU
TUANKU
MIZAN ZAINAL ABIDIN
KEDAH
SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
SELANGOR
SULTAN NAZKRIN MUZZUDDIN SHAH
PERAK
TUANKU SYED SIRAJUDDIN
PERLIS
TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULAIL
PAHANG
SULTAN AHMAD SHAH
1. Seterusnya, Yang Di-Pertuan Agong juga
membantu memantapkan kewibawaan institusi
beraja di Malaysia. Beliau mengetuai tiga badan kerajaan iaitu :
- Badan Perundangan
- Badan Eksekutif
- Badan Kehakiman.
2. Beliau
juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen dan mempunyai kuasa memanggil serta membubarkan Parlimen.
Begitu juga, beliau merupakan :
- Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
3. Begitu
juga Yang di-Pertuan Agong merupakan :
- ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri
b. Melaka
c. Wilayah Persekutuan
d. Sarawak
e. Sabah
4. Baginda
juga mempunyai kuasa :
- budi bicara untuk melantik Perdana Menteri,
- berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
Malaysia memilih untuk mengamalkan sistem
pemerintahan Demokrasi Berparlimen dengan konsep Raja Berperlembagaan. Oleh
itu, Yang Di-Pertuan Agong bertindak sebagai Ketua Negara yang menggunakan
sistem demokrasi berasaskan sistem perseketuan. Hal ini menyebabkan semua
negeri dalam Malaysia bersetuju dengan konsep penubuhan negara Malaysia.
| |
1. Maksud Demokrasi Berparlimen :
2. Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen :
|
Ulasan
Catat Ulasan